Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 cedera dalam letupan kembar di Filipina

    MANILA, 18 April – Tujuh orang cedera apabila dua letupan bom menggegarkan sebuah sebuah stesen minyak di bandar selatan Filipina berhampiran enklaf pemberontak, kata polis hari ini.

    Bahan letupan diubah suai itu telah dilontar pada malam semalam di atas bumbung stesen minyak di bandar Tacurong, pulau Mindanao, yang dilanda pemberontakan Islam selama berdekad-dekad.

    Jurucakap polis serantau, Superintenden Romeo Galgo berkata, dua anggota tentera, tiga polis dan dua orang awam cedera apabila letupan kedua berlaku selang beberapa minit kemudian ketika pasukan keselamatan sedang mengepung kawasan itu. Dua suspek telah ditahan namun identiti serta motif serangan masih lagi disiasat, katanya lagi.

    “Kami tidak boleh merumuskan ia adalah tindakan keganasan. Kami sedang menyiasat pelbagai sudut oleh kerana wujud kumpulan ancaman di kawasan sekitar,” kata Galgo kepada AFP merujuk kepada pemberontak Islam di wilayah Maguindanao.

    Berhampiran bandar-bandar berkenaan adalah rumah kepada pemberontak komunis yang melancarkan pemberontak paling lama di Asia dan insiden itu mungkin boleh jadi berkaitan dengan pemerasan, tambah Galgo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda