Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    7 cedera di 17 lokasi letupan

    PATTANI, THAILAND, 17 OGOS – Kira-kira tujuh orang awam cedera dalam siri pengeboman dan kebakaran di 17 lokasi di tiga wilayah selatan Thailand – Narathiwat, Pattani dan Yala pada awal pagi ini.

    Serangan berlaku lewat tengah malam itu menyasarkan kedai serbaneka, pasar raya mini dan stesen minyak serta turut menyebabkan kerosakan harta benda.

    Jurucakap Tentera, Mejar Jeneral Pramote Prom-in berkata sebanyak sembilan serangan dilaporkan di wilayah Narathiwat, manakala enam di Yala dan dua di Pattani.

    “Semua serangan berlaku serentak selepas tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Pramote berkata Komander Wilayah Tentera Keempat Lt Jen Kriangkrai Srirak telah mengarahkan semua agensi keselamatan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

    Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

    Wilayah selatan Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla sering diancam keganasan sejak 2004.

    Demi menamatkan keganasan tanpa henti, rundingan damai telah dimulakan antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata pada 2013, tetapi penyelesaian terhadap konflik masih belum dicapai.

    Rundingan antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata, Barisan Revolusi Nasional (BRN) disambung semula tahun ini selepas Malaysia dan Thailand menutup sempadannya pada 2020 akibat pandemik COVID. – Bernama

    Pegawai Thailand berdiri dekat treler tangki minyak di stesen gas di wilayah Pattani, selatan Thailand pada 17 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...