7 ditembak termasuk 3 remaja di Miami

MIAMI, 2 Jan – Polis berkata, tujuh orang, termasuk tiga remaja cedera dalam insiden penembakan ketika Hari Tahun Baru di kejiranan West Little River Miami-Dade.

The Miami Herald (http://hrld.us/2hEq8Ny) melaporkan bahawa polis berkata mangsa yang berdiri di luar rumah pada kira-kira 18:00 kelmarin itu ditembak apabila sebuah kereta melintasi dan menembak mereka.

Polis berkata, enam daripada mangsa berada dalam keadaan stabil. Seorang mangsa berumur 17 tahun berada dalam keadaan kritikal.

Polis berkata, suspek berkemungkinan lebih daripada seorang. Keterangan mengenai kenderaan suspek tidak diberikan. – AP