ATHEN, 6 MAC – Pihak berkuasa Greece telah merampas lebih tujuh juta barang tegahan iaitu rokok yang diseludup ke negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK), menurut kementerian perkapalan.
Kementerian itu berkata kelmarin bahawa pegawai Penguasa Pelabuhan Pusat Igoumenitsa di barat Greece menahan seorang lelaki berusia 64 tahun dari negara asing yang tidak dinyatakan namanya atas tuduhan penyeludupan.
Pihak berkuasa yang merampas trak peti sejuknya pada Jumaat lalu menemui 7,198,200 batang rokok yang disembunyikan dalam lebih 5,000 bekas yogurt.
Jumlah duti kastam dan cukai yang dielakkan untuk barangan yang dirampas berjumlah lebih daripada AS$1.6 juta.
Menurut analisis yang dibuat setakat ini bahawa kuantiti rokok seludup yang telah dirampas itu sepatutnya diedarkan di pasaran haram EU dan UK. – AFP