Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    7 keluarga mualaf terus dibantu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Projek memeduli mualaf diteruskan lagi hari ini melalui Projek Fathul Barakah 4.0 anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Persatuan-persatuan Mualaf Seluruh Negara di sepanjang Jalan Muara, Daerah Brunei dan Muara.

    Tujuh keluarga mualaf yang memerlukan telah pun dikenal pasti dan sumbangan diserahkan kepada mereka di rumah-rumah mereka oleh ketua rombongan projek tersebut, Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Rombongan turut disertai oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia, Perancangan Penyelidikan PDI, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman; Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub dan Yang Di-Pertua Persatuan Nurul Islam, Haji Mohd Hazwan bin Abdullah.

    Projek tersebut telah berjaya mengumpulkan 400 infak diungkayahkan oleh PDI dan Persatuan-persatuan Mualaf Seluruh Negara yang diadakan serentak di keempat-empat daerah iaitu PDI Kampung Pulaie, Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, Pejabat Unit Dakwah Belait dan Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong secara pandu lalu pada 25 hingga 26 Februari lalu.

    Sumbangan dihasratkan dapat menampung keperluan harian dan sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau aspek perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin khususnya dalam kalangan mualaf. Bantuan keperluan asasi dan bantuan lainnya diharap dapat membantu para mualaf berkenaan melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, di samping aspek penglibatan bimbingan dan penghayatan agama Islam.

    Haji Abdul Rajid menyerahkan sumbangan berkenaan kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...