Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut, 19 cedera dalam serangan Kashmir

    SRINAGAR, India, 11 Julai – Beribu-ribu penganut Hindu meneruskan upacara keagamaan mereka di Kashmir yang dikawal oleh India di bawah keselamatan ketat hari ini sehari selepas lelaki bersenjata membunuh tujuh pengikut dan mencederakan 19 yang lain sebelum melarikan diri pada waktu malam.

    Polis berkata lelaki bersenjata pertama menyerang kenderaan berperisai polis dan polis peronda malam semalam.

    Polis membalas tembakan dalam kedua-dua insiden dan lelaki bersenjata membalas sebelum peluru mengenai sebuah bas yang membawa 60 penganut Hindu yang baru pulang dari penghormatan di tempat suci di dalam rantau yang kebanyakannya beragama Islam.

    Beberapa orang yang cedera berkata penyerang melepaskan tembakan terhadap bas dari tiga arah bagi hampir lima minit. Mereka berkata pemandu terus memandu bas tersebut ketika mana ia terkena serangan peluru berhampiran bandar selatan, Anantnag di lebuh raya utama yang menghubungkan Kashmir dengan wilayah India selebihnya.

    Upacara musim panas setiap tahun ke gua suci Amarnath itu dilangsungkan di bawah kawalan ketat.

    Pasukan separa tentera India memeriksa beg-beg penganut Hindu di Pahalgam di daerah Anantnag, tenggara Srinagar, semasa perkumpulan tahunan Hindu pada 11 Julai. – AFP
    Pasukan separa tentera India memeriksa beg-beg penganut Hindu di Pahalgam di daerah Anantnag, tenggara Srinagar, semasa perkumpulan tahunan Hindu pada 11 Julai. – AFP

    Pesaing pemerintah India di Kashmir mendakwa India yang majoritinya beragama Hindu menggunakan acara itu sebagai kenyataan politik untuk meningkatkan tuntutannya terhadap rantau yang dipertikaikan.

    Ribuan tentera India dan separa tentera ditempatkan dalam laluan ke gua suci di Himalaya setiap musim panas.

    Bas tersebut melanggar larangan perjalanan pada waktu malam yang dikenakan kerana peronda keselamatan akan beredar selepas matahari terbit, menurut pegawai yang bercakap tanpa mahu dikenali memandangkan mereka tidak dibenarkan bercakap kepada wartawan.

    Lebih banyak keselamatan diarahkan hari ini bagi bas-bas yang membawa penganut ke kem-kem pangkalan di mana mereka mula berjalan menuju laluan pergunungan ke gua Armanath.

    Polis masih memburu penyerangnya hari ini. Mereka menyalahkan militan Islam tetapi tidak ada kumpulan yang mengaku untuk bertanggungjawab. Tiga pemimpin pemisah terkenal di Kashmir membidas serangan itu.

    Pegawai-pegawai berkata kebanyakan penganut yang cedera dikeluarkan dari hospital selepas menerima rawatan sepanjang malam. Tujuh mayat dibawa menerusi udara ke New Delhi bagi perjalanan pulang ke wilayah asal Gujarat dan Maharashtra ke barat India. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda