BANGKOK, 17 OGOS – Pihak berkuasa Thailand mengesahkan tujuh yang disyaki anggota pemberontak maut manakala tiga anggota keselamatan cedera dalam dua insiden di Pattani, selatan ne-gara itu.
Jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Mejar Jeneral Pramote Prom-in, berkata pasukan keselamatan turut merampas sembilan senjata api.
Dalam kejadian pertama pada Jumaat lalu, beliau berkata, pasukan keselamatan menemukan kem sementara pemberontak di daerah Yarang, Pattani.
“Kami berunding dengan pemberontak itu tetapi mereka bertindak balas lalu mencetuskan pertempuran. Dua pemberontak terbunuh manakala tiga anggota keselamatan cedera.
“Kami percaya kem itu didirikan sejak enam bulan lalu bagi melancarkan keganasan,” katanya menerusi kenyataan. Pramote berkata pihak berkuasa menemui mayat mereka di kawasan sawah dan tiga sudah dikenalpasti. – Bernama