Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut dalam kejadian rempuhan kereta

    NEW DELHI, 27 Sept – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 10 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di Rajasthan, India pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

    “Nahas berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sekumpulan jemaah di kawasan Dhaulpur, pagi tadi,” kata seorang pegawai polis.

    Tujuh jemaah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan bantuan penduduk setempat.

    “Jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa cedera dilaporkan mengalami kecederaan serius,” kata pegawai itu.

    Ia adalah nahas ketiga di negeri itu, pada minggu lalu, lebih 15 pelajar cedera apabila bas sekolah yang dinaiki terbalik berhampiran Jhalawar Road.

    Sebelum itu, pada awal bulan 24 pelajar cedera selepas terlibat dalam nahas jalan raya di daerah Sikar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda