7 maut dalam tanah runtuh di Indonesia

PADANG, INDONESIA, 1 OKT – Tujuh orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang diakibatkan oleh ribut petir dan hujan lebat di pulau Sumatra,

Indonesia, pihak berkuasa berkata, ketika mereka memberi amaran bahawa hujan berterusan mungkin menyebabkan lagi pergerakan tanah pada hari ini.

Sehari selepas tanah runtuh melanda dua rumah bersebelahan di daerah Padang Pariaman pada Rabu lalu, tujuh mayat telah dikeluarkan dari lumpur, sementara seorang lagi diselamatkan dengan tulang patah.

“Kesemua mangsa telah ditemui selepas kami menggunakan kelengkapan berat petang kelmarin,” pegawai agensi mitigasi bencana tempatan, Rumainur memberitahu AFP, hari ini.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada kerana hujan lebat di kawasan itu akan berterusan sehingga esok.

Lebih 300 rumah dan 80 hektar ladang padi di Padang Pariaman telah ditenggelami.

Angin kencang juga merosakkan rumah-rumah, kios dan kenderaan serta menumbangkan pokok-pokok.

Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera apabila sebatang pokok menghempap mereka ketika mengunjungi pusara pada Rabu. – AFP

Kanak-kanak bermain dalam air banjir selepas hujan lebat membanjiri kawasan besar di Matangkuli, wilayah Aceh, Indonesia, semalam. – AFP