NEW DELHI, 6 Okt – Sebuah helikopter tentera India terhempas di kawasan bertikai berhampiran sempadan dengan China hari ini, membunuh kesemua tujuh tentera di dalamnya, menurut pihak tentera.
Helikopter Mi-17 V5 buatan Rusia itu dalam misi penyelenggaraan di daerah pergunungan Tawang berhampiran sempadan dengan Tibet apabila ia terhempas.
Lima anggota kru Pasukan Udara India (IAF) dan dua kakitangan tentera India terkorban dalam nahas tersebut, kata jurucakap kepada AFP.
“Siasatan telah dijalankan untuk memastikan punca kemalangan,” katanya.
Tawang terletak di negeri Arunachal Pradesh timur laut India, yang juga dituntut oleh China. – AFP