7 maut pesawat kargo terhempas

MOSCOW, 4 NOV – Sebuah pesawat kargo An-12 terhempas di wilayah Irkutsk Rusia pada Rabu, mengorbankan kesemua tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu dalam perjalanan dari Yakutsk ke Irkutsk hilang daripada radar sebelum disahkan terhempas berhampiran lapangan terbang Irkutsk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik TASS.

Antara yang maut dalam nahas itu dua warga Rusia dan dua warga Ukraine serta tiga rakyat Belarus.

Pesawat itu milik syarikat penerbangan BelarusiaGrodno dan telah beroperasi sejak 1968.
Punca nahas kemungkinan disebabkan cuaca buruk, kecuaian manusia dan kerosakan teknikal termasuk kegagalan enjin akibat perlanggaran dengan burung.– Bernama