SANAA, 17 Sept – Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh gabungan yang diketuai Arab Saudi di Yaman, sebuah media rasmi dan pemberontak melaporkan hari ini.
Serangan itu melanda sebuah rumah di daerah Huran di wilayah Bayda tengah Yaman kelmarin, membunuh seorang lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak, kata seorang pegawai.
Agensi berita yang dikendalikan pemberontak Saba meletakkan jumlah kematian kepada 11 orang. – AFP