Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    7 mayat ditemui dalam salji

    NEW DELHI, 9 FEB – Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki.

    Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh.

    “Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, di sebalik usaha terbaik semua yang terlibat, kesemua mangsa disahkan me-ninggal dunia,” kata tentera kelmarin. Ketua Menteri Arunachal Pradesh Pema Khandu mengumumkan pemberian ex gratia sebanyak 400,000 rupee kepada setiap keluarga mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...