Friday, December 9, 2022
22.4 C
Brunei

-

7 mayat ditemui di pantai Vietnam

HANOI, 30 SEPT – Tujuh mayat dipercayai dari sebuah bot karam di luar pantai Kemboja ditemui di pulau Phu Quoc di selatan Vietnam, menurut media kerajaan hari ini.

Kapal yang membawah 41 orang warganegara China itu mengalami masalah berhampiran hab kasino Sihanoukville di Kemboja minggu lalu.

Kapal berkenaan membawa migran dari China yang dijanjikan peluang pekerjaan.

Seramai 13 orang berjaya diselamatkan di perairan Kemboja dan Vietnam manakala tiga lagi ditemui maut, menurut kenyataan pihak berkuasa sebelum ini.

Pada lewat kelmarin, ‘tujuh mayat ditemui terdampar di pantai Bai Troung di pulau Phu Quoc. Mayat-mayat yang ditemui kesemuanya mereput’, menurut akhbar rasmi Vietnam.

Gambar menunjukkan pihak polis wilayah Sihanoukville mengiringi warga China yang berjaya diselamatkan daripada bot karam 22 September lalu. Tujuh mayat ditemui terapung di Vietnam dan dipercayai daripada bot karam di luar pantai Kemboja minggu lalu.- AP

Laporan menyatakan dua mayat ditemui dengan kad pengenalan China dan dengan keadaan mereput ‘yang juga konsisten dengan waktu semasa kejadian bot karam itu berlaku, minggu lalu di laut Kemboja, tidak jauh dari Phu Quoc’.

Polis dan pegawai dari pulau tersebut enggan memberikan sebarang keterangan apabila ditanya oleh AFP.

Sebelum ini Sihanoukville merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sunyi dan kini berubah menjadi hab kasino sejak beberapa tahun kebelakangan berikutan ledakan pelaburan oleh pelabur China.

Terdapat beberapa laporan menyatakan warganegara China dan Vietnam menjadi mangsa penipuan untuk bekerja di kasino atau operasi penipuan dalam talian di Sihanoukville dan dihalang daripada meninggalkan tempat tersebut.

Pihak berkuasa Kemboja berusaha untuk membanteras rangkaian penyeludupan manusia berikutan laporan tersebat orang dari negara-negara Asia Tenggara diseludup untuk berpindah bagi memperoleh peluang pekerjaan yang dianggap sebagai lumayan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -