Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 pelajar berlepas ke AS sertai Cabaran Robotik Global

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Sekumpulan tujuh orang pelajar dari pelbagai sekolah di seluruh negara bersama-sama dua orang mentor dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) hari ini berlepas untuk mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Cabaran Robotik Global 2017 yang akan berlangsung di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) bermula 12 Julai hingga 20 Julai ini.

    Rombongan pelajar dan mentor berkenaan sebelum berlepas meninggalkan Brunei, menyatakan bahawa mereka amat gembira dan berbangga kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam inisiatif global unik mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Matematik (STEM).

    Rombongan tujuh orang pelajar berkenaan terdiri daripada enam orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki iaitu Dayang Siti Sarah binti Shamsul Bahri, Dayang Siti Aisyah Syazana binti Haji Jamain, Awangku Muhammad Fadil Hamiz bin Pengiran Muhd Fadillah, Dayang Iffah Wirdani binti Azman, Dayang Nur Aida Syamimi binti Mohammed Asmie dan Dayang Nur Raheemah Yasmin Mahfuzah binti Abdullah serta dua orang mentor dan pensyarah dari UTB iaitu Dr Sharina Yunus dan Awang Khairuddin Ghafar di mana mereka telah berusaha gigih untuk mereka, membina dan menguji idea-idea robotik yang akan dipertandingkan semasa cabaran robotik itu nanti.

    Mengulas mengenai pertandingan itu, Dr Sharina menyatakan bahawa menerusi pertandingan itu, para pelajar berpeluang untuk mempelajari mengenai robot, mengenai isu-isu dan cabaran global serta memikirkan kaedah untuk memperbaiki lagi kehidupan masyarakat di dunia di mana ia setentunya membuka minda mereka.

    Rombongan bergambar ramai sebelum berlepas menyertai Cabaran Robotik Global 2017 AS.
    Rombongan bergambar ramai sebelum berlepas menyertai Cabaran Robotik Global 2017 AS.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda