7 pelanggan Stan Chart bawa pulang hadiah lumayan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Tujuh orang lagi pelanggan Standard Chartered (Stan Chart) memenangi peralatan terkini bernilai sehingga $6,000, sebagai sebahagian daripada cabutan bulan kedua Kempen Mobile Acceleration bank tersebut.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Pusat Perbankan Prioriti Stan Chart di ibu negara, hari ini, di mana penyampaiannya telah disempurnakan oleh Ketua Produk Runcit dan Digital, Stan Chart, Jacky Teo Kian Kee.

Majlis menyaksikan Gil Lopez Radovan membawa pulang hadiah pertama berupa Apple Macbook Pro 13 inci, Dayang Norazimah binti Samat memenangi Samsung Galaxy Note 20 Ultra di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Adrian Leong Wen Chien dengan membawa pulang Samsung Galaxy Tab S7 128GB.

Sementara itu, lima yang lain memenangi Samsung Galaxy Watch Active 2, Garmin Vivo Active 4, baucar AV Electronics bernilai $500 dan baucar QQeStore bernilai $300.

Menurut kenyataan yang diberikan, promosi tersebut adalah bersempena dengan pengiktirafan bank sebagai Bank Digital Terbaik oleh Global Finance untuk kali ke-7. Para pelanggan masih berpeluang memenangi hadiah untuk bulan terakhir iaitu sehingga 31 Mac ini.

Gambar ramai bersama sebahagian pemenang bertuah. – Gambar serahan Standard Chartered Brunei