7 pesawat tempur mendarat cemas

BANDA ACEH, 19 Mei – Tujuh buah jet pejuang tentera laut Perancis yang mengambil bahagian dalam satu latihan eksesais terpaksa membuat pendaratan kecemasan disebabkan cuaca buruk di bahagian utara Indonesia itu.

Komander pangkalan tentera udara tempatan, Kol. Hendro Arief berkata kru tujuh buah pesawat tempur Dassault Rafale mendarat dengan selamat di pangkalan tentera udara Sultan Iskandar Muda, wilayah Aceh semalam, 90 minit selepas berlepas dari kapal angkut Charles de Gaulle di Lautan Hindi.

Arief berkata kesemua jet pejuang itu menjalani latihan eksesais di luar kawasan Indonesia ketika cuaca buruk telah memaksa mereka mendarat ketika hendak kembali ke kapal Charles de Gaulle, yang berada kira-kira 100 batu nautika barat pulau Sumatra. – AFP

Anggota tentera Indonesia berka-wal berdekatan dengan sebuah jet tempur Perancis di pangkalan tentera udara Aceh. – AFP