Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    7 sami dituduh gelapkan lebih AS$5.3j wang derma

    BANGKOK, 12 MEI – Tujuh orang sami Buddha adalah antara sembilan suspek yang ditahan dalam tahanan pra-perbicaraan selepas ditangkap kerana didakwa menggelapkan aset bernilai kira-kira 300 juta baht (AS$8.9 juta) daripada derma yang diterima oleh sebuah kuil di timur laut Thailand, kata pihak-pihak berkuasa kelmarin.

    Mahkamah Jenayah bagi Kes-kes Rasuah dan Salah Laku berkata, tindakan ketua-ketua kumpulan dalam kes itu “sangat menjejaskan agama Buddha.”

    Lima sami dan seorang pemandu telah dihantar ke tahanan pra-perbicaraan kelmarin, menurut kenyataan mahkamah di Bangkok.

    Mereka ditangkap di Wat Pa Thammakhiri, wilayah Nakhon Ratchasima ketika polis melakukan serbuan pada Selasa dan menemui harta benda bernilai kira-kira 100 juta baht ($2.9 juta) yang didakwa disembunyikan oleh suspek-suspek berkenaan.

    Wang tunai, barang kemas dan azimat ditemui di banyak tempat, termasuk tempat-tempat persendirian sami, kata polis. Beberapa barang ditanam di bawah tanah.

    Tangkapan-tangkapan pertama dalam kes itu berlaku pada Jumaat lalu, apabila polis menahan abbot kuil dan seorang sami terkenal, Kom Kongkaew, yang dituduh mencuri lebih 180 juta baht ($5.3 juta) wang kuil itu. – AP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Biro Siasatan Pusat polis Thailand dan diambil pada 10 Mei lalu, menunjukkan polis Thailand mempamerkan emas dan barang kemas lain yang ditemui dalam serbuan di sebuah kuil Buddha, di balai polis di Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...