7 terbunuh akibat letupan periuk api

TRIPOLI, 11 JUN – Tujuh orang termasuk orang awam terbunuh akibat letupan periuk api di pinggir ibu negara Libya, menurut Kerajaan Gabungan Libya (GNA).

“Mereka yang terbunuh iaitu empat orang awam dan tiga pakar pembersih periuk api di beberapa lokasi di selatan Tripoli termasuk 10 orang lain yang cedera,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Amin al-Hashemi.

Hashemi berkata alat-alat itu telah dimatikan di daerah Ain Zara dan Wadi Rabi di pinggir selatan ibu kota, yang dikawal oleh pasukan yang menyokong orang kuat tentera timur, Khalifa Haftar. – AFP