Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

7 terbunuh dalam insiden tembakan pasar raya Walmart

WASHINGTON, 23 NOV – Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya enam orang di pasar raya Walmart semalam sebelum cuti Kesyukuran dalam insiden tembakan di Amerika Syarikat (AS) dalam empat hari.

Polis berkata penembak juga terbunuh selepas serangan pada lewat malam di Chesapeake di negeri Virginia yang menyusul serangan senjata pada hujung minggu di kelab LGBTQ di Colorado yang membunuh lima orang.

“Polis Chesapeake mengesahkan tujuh kematian, termasuk penembak, dalam kejadian tembakan malam semalam di Walmart di Sam’s Circle,” menurut kenyataan.

CNN memetik sumber penguat kuasa undang-undang sebagai berkata penyerang dipercayai pekerja atau bekas pekerja kedai yang mula menembak pekerja lain dalam sebuah bilik yang digunakan untuk kakitangan berehat. – AFP 

Pegawai polis bekerja di tempat berlakunya kejadian tembakan di Walmart, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -