70 Hilang, pangsapuri runtuh di India

MAHAD, INDIA, 25 OGOS – Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat hari ini selepas bangunan pangsapuri lima tingkat runtuh di barat India, dengan 70 orang masih hilang tertimbus oleh runtuhan.

Kejadian lewat kelmarin di bandar Mahad, selatan Mumbai, memaksa tiga pasukan bencana bekerja sepanjang malam, mengangkat kepingan timah, logam dan batu bata dari runtuhan.

Pegawai setempat mengatakan bahawa kebanyakan penduduk dari pangsapuri di dalam bangunan itu terselamat selepas mereka meninggalkan bandar itu untuk menyelamatkan diri daripada penularan wabak COVID-19.

Punca kemalangan itu tidak dapat diketahui dengan jelas tetapi runtuhan bangunan adalah perkara biasa semasa musim hujan pada bulan Jun hingga September di India, dengan struktur lama merosakkan bangunan ketika hujan tanpa henti.

Jurucakap Pasukan Bencana Kebangsaan, Sachidanand Gawde memberitahu bahawa pekerja kecemasan setakat ini telah menemukan satu mayat.

Anggota penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan pangsapuri lima tingkat di Mahad semalam. Sekurang-kurangnya 70 orang terperangkap selepas bangunan pangsapuri lima tingkat runtuh di barat India. – AFP

Anggaran jumlah yang masih terperangkap adalah antara 20 hingga 70 orang selepas puluhan berjaya melarikan diri ketika bangunan itu mula melengkung.

“Banyak keluarga tidak menetap di bangunan itu ketika mereka pulang ke tempat asal mereka berikutan dengan penutupan akibat virus,” kata pegawai daerah, Nidhi Choudhari kepada Press Trust of India.

Mustafa Chafekar, seorang penduduk yang berada dalam kuarantin di rumah setelah dijangkiti virus itu, memberitahu The Mumbai Mirror bahawa dia dan keluarganya seramai lima orang pada awalnya menyangka mereka mengalami gempa.

“Kami berlari segera, keseluruhan struktur runtuh tepat di depan kami,” kata Mustafa berusia 39 tahun itu yang berjaya menyelamatkan diri.

Dia berkata, penduduk sebelum ini mengadu mengenai keadaan kompleks tersebut.

Ahli politik tempatan Manik Motiram Jagtap memberitahu TV9 Marathi bahawa bangunana yang berusia 10 tahun itu dibina di atas struktur yang lemah. – AFP