70% kakitangan Korean Air cuti dari bertugas

SEOUL, 8 APRIL – Syarikat penerbangan Korea Selatan, Korean Air akan meletakkan 70 peratus daripada 19,000 kakitangannya cuti dari bertugas, katanya, ketika ia bergelut untuk menangani pandemik koronavirus yang telah mencetuskan penerbangan global lumpuh.

Industri syarikat penerbangan antara sektor yang terjejas teruk akibat virus itu berikutan penyekatan perjalanan, dengan ribuan penerbangan dibatalkan, laluan dikurangkan serta syarikat-syarikat berdepan pergolakan kewangan. Korea Air adalah lambang kemegahan Kumpulan Hanjin, salah satu konglomerat yang dikawal keluarga dikenali sebagai chaebols yang mendominasi perniagaan di Korea Selatan dan memainkan peranan penting dalam perkembangannya menjadi ekonomi ke-12 terbesar di dunia.

Kebanyakan kakitangannya akan diberi cuti bertugas bermula 16 April selama enam bulan sebagai respons ‘keadaan perniagaan merosot’, kata Korean Air dalam satu kenyataan.

Menurut amalan biasa Korea Selatan, para pekerja akan menerima 70 peratus bayaran gaji biasa, dengan kebanyakannya – dilaporkan sekitar 90 peratus – dibiayai oleh skim kerajaan bagi industri-industri yang memerlukan bantuan khas akibat koronavirus. – AFP