Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    70 pain darah dikutip di Kedutaan Indonesia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam hari ini mengadakan kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan di kedutaan tersebut di Jalan Kebangsaan.

    Kempen adalah sempena memperingati Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-77 dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

    Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, TYT Dr Sujatmiko ketika berucap ringkas pada acara itu, menjelaskan pemeriksaan kesihatan merupakan salah satu cara memastikan warga Indonesia di negara ini tetap sihat dan dilindungi, manakala kempen derma darah pula adalah untuk membantu menambah stok darah di hospital.

    Lebih 150 warga Indonesia dari keempat-empat daerah menyertai pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah itu. Kempen derma darah juga berjaya mengutip sebanyak 70 pain darah.

    Selain itu, kedutaan juga memberikan layanan konsultasi kesihatan dan ubat-ubatan percuma bagi rakyat Indonesia yang memerlukan serta 150 kit ujian pantas antigen (ART).

    TYT Dr Sujatmiko bersama warga Indonesia semasa kempen derma darah di Kedutaan Republik Indonesia, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...