Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    70 pelajar PSR dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seramai 70 pelajar yang menduduki PSR pada tahun 2021 diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kedua Program Mumtaz yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara, Ogos lalu.

    Pelajar yang diraikan pada majlis itu adalah pelajar bagi kumpulan tahun 2021 yang terdiri dari 47 pelajar dalam Program Mumtaz manakala 23 pelajar adalah dari Teachmeguru telah berjaya mendapat keputusan 5A.

    Hadir menyampaikan hadiah sijil dan hadiah di majlis itu, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Dr Siti Norkhalbi dalam ucapannya antara lain berkata, “Pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian terbukti amat mencabar kepada guru-guru dari segi keberkesanan penyampaian mata pelajaran.

    “Manakala bagi ibu bapa pula berdepan cabaran dari segi pemantauan dan penyelarasan pembelajaran anak-anak di rumah kerana terpaksa mengimbangi tugasan pejabat semasa bekerja dari rumah pada masa yang sama,” ujarnya.

    Meskipun begitu, katanya, sebilangan pelajar berupaya mengadaptasikan diri mereka sendiri terhadap pembelajaran dalam talian, walaupun terdapat juga sebilangan pelajar yang masih bergelut mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

    Katanya lagi, “Walaupun berdepan cabaran tersebut, dengan persediaan yang rapi dan teratur tidak dinafikan merupakan ramuan utama untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

    “Persediaan terancang Teachme-guru dan Program Mumtaz yang dikendalikan telah mampu membantu pelajar memberikan tumpuan serta menyasarkan keputusan yang lebih mantap,” jelasnya.

    Majlis tersebut diselajurkan dengan pelancaran aplikasi Pandai Brunei yang mana aplikasi ini boleh membantu pelajar mempelajari dan meningkatkan pencapaian akademik mereka.

    Dr Siti Norkhalbi menyampaikan sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar yang diraikan pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...