Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    70 pelajar terpilih sertai Skim Fidyah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Seramai 70 orang lagi pelajar daripada golongan keluarga yang memerlukan telah terpilih untuk menyertai Skim Fidyah dan Sedekah Sarapan Pagi di bawah Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM).

    Skim itu menyaksikan 30 orang murid dari Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin, Sungai Besar dan 40 lagi dari Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, RPN Mentiri akan menerima sarapan pagi berharga $1 dari kantin sekolah untuk tempoh dua tahun.

    “MKM memulakan skim ini pada 2014 yang mana dana untuk skim ini pada mulanya hanya daripada pembayaran fidyah yang diterima, tetapi kerana ramai yang melihat manfaat besar skim, MKM mula menerima sumbangan atau sedekah yang bukan berbentuk pembayaran fidyah,” kata Presiden MKM, Awang Yusof Halim.

    Menurutnya, bilangan pelajar yang boleh dibantu di bawah skim berkenaan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan yang diterima daripada orang ramai, sehubungan ini, MKM mengalu-alukan sumbangan dan bayaran fidyah supaya lebih ramai lagi pelajar dapat diberi bantuan.

    Fidyah adalah penalti yang perlu dibayar oleh seorang Islam jika dia meninggalkan mana-mana ibadah puasa pada bulan Ramadan dan gagal menggantikan semula sebelum Ramadan seterusnya.

    Yusof Halim memberitahu skim itu bermula 2014 apabila 59 pelajar dari sebuah sekolah rendah di Sungai Hanching diberi bantuan, namun disebabkan ramai yang menyaksikan faedah skim ini memberi manfaat besar, pihaknya mula menerima sedekah yang bukan bayaran fidyah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda