SINGAPURA, 9 FEB – Lebih 70 pempamer termasuk syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pertunjukan Udara Singapura (Singapore Airshow) susulan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus, namun penganjur menegaskan hari ini acara penerbangan terbesar Asia itu akan terus dijalankan.
Langkah berjaga-jaga – termasuk pengurangan kehadiran awam dan pengimbasan suhu – telah dikenakan menjelang pembukaan acara yang dirasmikan pada Selasa di bandar itu, yang melaporkan 40 jangkitan koronavirus.
Penganjur juga menggalakkan pengunjung untuk menyapa masing-masing dengan tunduk atau melambai daripada sebaliknya berjabat tangan.
Leck Chet Lam, pengarah urusan penganjur Experia Events, mengesahkan lebih daripada 70 pempamer memutuskan untuk tidak menyertainya namun berkata ‘masih ramai’ yang hadir pada pameran tersebut.
Nama-nama besar dalam aeroangkasa menyertai pameran udara tersebut dan sering membuat perjanjian besar – seperti tempahan pesawat udara dari pengangkutan utama – telah diumumkan pada acara itu.
Meskipun tegahan perjalanan, pasukan udara China akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara buat pertama kalinya. Pasukan akrobatik akan menyertai dalam pertunjukan penerbangan – acara kemuncak pameran yang diadakan dua tahun sekali – namun lebih 10 syarikat China menarik diri. – AFP





























