70% populasi dunia dijangka divaksinasi 2023

WASHINGTON, 21 SEPT – Sehingga 70 peratus populasi dunia akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir 2022, andai agihan bekalan vaksin sumbangan negara penderma kepada negara-negara yang memerlukan dapat dipercepat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass.

“Menjelang akhir tahun ini, kita harap dapat lihat empat peratus dan pada akhir tahun depan sebanyak 60 atau 70 peratus orang divaksinasi di seluruh dunia.

“Tetapi hasilnya hanya akan dilihat menerusi usaha yang dilakukan pada Oktober, November dan Disember. Memastikan bekalan vaksin diterima negara-negara memerlukan menjadi cabaran besar.” – Bernama