70 senjata tiruan dirampas

KOTA KINABALU, 18 FEB  – Keterujaan sekumpulan pemain untuk bertempur dalam sukan ekstrem ‘Gelsoft’ di sebuah pusat rekreasi sukan ekstrem itu di Penampang terbantut apabila polis merampas 70 laras senjata tiruan yang digunakan secara tidak sah dalam permainan itu Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata dalam serbuan yang dilakukan pada 3 petang itu, polis turut menahan 69 pemain dan seorang penganjur sukan ekstrem itu yang kesemua mereka berumur 21 hingga 36 tahun. Menurutnya, senjata tiruan yang dirampas digunakan sebagai Gel Blaster terdiri daripada 62 laras raifal, enam laras jenis sub mesingan, dua laras jenis M4 dan 128 unit magazin yang kesemuanya bernilai RM21,000. –Bernama