7,000 ingkar dapat nasihat bertulis

SINGAPURA, 8 APRIL – Lebih 7,000 nasihat bertulis dikeluarkan kepada orang awam yang melanggar arahan menjaga jarak yang selamat, terutama di pusat penjaja dan pasar, demikian menurut Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura.

Langkah agar menjaga jarak yang selamat, disebut juga sebagai pemutus rantaian, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 3 April lepas, dilancarkan semalam untuk tempoh sebulan yang bertujuan bagi membendung penularan COVID-19.

Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa langkah itu termasuk nasihat bertulis yang diberikan kepada orang awam di tempat sesak di pasar bagi mengingatkan mereka agar menjaga jarak yang selamat apabila beratur atau membuat pembayaran dengan berdiri dalam garis penanda di lantai. – Bernama