Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    7,000 mati akibat penyakit berkaitan rokok di Laos

    VIENTIANE, 26 MEI – Kira-kira 7,000 orang mati setiap tahun di Laos akibat penyakit berkaitan rokok, termasuk perokok pasif yang menyedut asap rokok selama bertahun-tahun.

    Sejumlah AS$428 juta telah diperuntukkan untuk rawatan bagi orang yang menderita penyakit berkaitan rokok, Menteri Kesihatan Laos, Bounfeng Phoummalaysith, dipetik sebagai berkata oleh Lao Economic Daily hari ini dalam perutusan menyambut Hari Tanpa Tembakau kebangsaan di Vientiane.

    Menurutnya, jumlah perokok berusia 15 tahun ke atas di negara itu sudah meningkat daripada 25.5 peratus dalam 2012 kepada hampir 28 peratus dalam 2015 populasi negara itu. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...