Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    71 masjid sertai Munajat Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Sebanyak 71 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara menyertai Program Munajat Ramadan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara maya bagi minggu ketiga di bulan Ramadan sejurus selepas sembahyang Fardu Asar, kelmarin.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin bersama-sama warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya secara maya dari Surau Kementerian Pembangunan.

    Turut menyertai Munajat Ramadan minggu ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS); Lembaga Penilai dan Ejen Hartanah (BOVEA); Lembaga Pemaju Perumahan (HDB); dan Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA).

    Acara minggu ini diisi dengan bacaan Surah Yasin be-ramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Munajat.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dari ayat 52 hingga 53 dari Surah Asy-Syura oleh Pegawai Pelajaran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili.

    Manakala tadabbur ayat-ayat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Azman bin Haji Musa, secara maya dari Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyertai Munajat Ramadan kali ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...