Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seramai 71 pelajar dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah menerima Pingat Anugerah Belia Antarabangsa bagi Pertandingan Tulisan Kanak-kanak, di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Penyampaian pingat kepada seramai 12 pelajar yang berjaya mendapat pingat emas, 30 perak dan 29 lagi gangsa itu telah disempurnakan oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam bin Haji Ladi. Pertandingan yang berlangsung di sekolah berkenaan antara lain bertujuan untuk memberi galakan kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan tentang Bahasa Cina terutama bagi pelajar yang bukan berbangsa Cina.
Di samping itu, pihak penganjur anugerah berkenaan iaitu Republik Rakyat China juga mengumumkan sekolah itu sebagai penerima anugerah sekolah cemerlang.
SR YSHHB yang telah menyertai pertandingan itu sejak 2012 dan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah itu akan terus menggalakkan penutur bukan Cina khususnya para pelajar untuk menyertai dalam mana-mana pertandingan untuk mendedahkan mereka kepada kepelbagaian budaya.