718 Cayman GT4 RS catat prestasi cemerlang dalam ujian akhir

Oleh Syahmi Hassan

STUTTGART, 27 OKT – Porsche 718 Cayman GT4 bakal mendapat varian besar iaitu 718 Cayman GT4 RS yang akan diperkenalkan dalam tayangan perdana dunia pada November depan.

Menurut kenyataan yang diberikan, semasa pandu uji dan penilaian akhir, 718 pertama yang membawa lencana RS itu telah menunjukkan potensi dinamik yang mengagumkan di jalan gunung yang berliku-liku mahupun di litar lumba.

Duta jenama dan pemandu pembangunan, Jorg Bergmeister telah membuat pusingan di litar Nurburgring-Nordschleife sepanjang 20.832 kilometer menggunakan kereta pengeluaran dalam masa 7:09.3 minit.

Model 718 Cayman GT4 RS melengkapkan pusingan 20.6km yang lebih pendek, yang sebelum ini menjadi penanda aras, dalam masa 7:04.511 minit, 23.6 saat lebih pantas daripada model 718 Cayman GT4.

Untuk melindungi pemandu, kereta sport berenjin pertengahan itu dilengkapi dengan tempat duduk perlumbaan.

Tayar yang dipasang pada kereta itu adalah Michelin Pilot Sport Cup 2 R, yang boleh didapati secara pilihan. Seorang pegawai telah mengesahkan ciri-ciri standard dan berat kereta itu.

“Semasa pembangunan, kami memberikan 718 Cayman GT4 RS segala-galanya yang mencirikan RS tulen iaitu pembinaan ringan, lebih daya bawah, lebih kuasa dan, sudah tentu, tahap responsif dan maklum balas yang lebih tinggi kepada input pemandu.

“Masa pusingan hebat Nordschleife adalah bukti yang mengagumkan tentang betapa ketaranya peningkatan dalam dinamik pemanduan ini,” kata Pengarah GT Model Line, Andreas Preuninger.

Jorg Bergmeister ketika memandu uji 718 Cayman GT4 RS di litar Nurburgring-Nordschleife. – Gambar serahan Porsche