71kg sampah ditemui dalam perut lembu

FARIDABAD, INDIA, 4 MAC – Doktor haiwan India mengeluarkan 71kg (156.5 paun) plastik, paku dan sampah sarap lain daripada lembu bunting, namun lembu itu dan anaknya telah mati.

Kes itu mencerminkan masalah berganda negara tersebut iaitu pencemaran dan lembu terbiar.

Dianggarkan lima juta lembu berkeliaran di bandar-bandar India dengan banyak yang memakan sampah plastik di jalanan.

Lembu tersebut diselamatkan sele-pas terlibat dalam kemalangan jalan raya lewat Februari oleh persatuan People For Animals Trust Faridabad.

Seorang doktor haiwan kemudian menyedari lembu bunting itu mengalami kesukaran.

Seorang pekerja berdiri dekat lembu yang mati selepas sekitar 70kg sampah dikeluarkan daripada perutnya di kemudahan Faridabad pada 25 Februari. – AFP

Dalam pembedahan selama empat jam pada 21 Februari, doktor menemui paku, plastik, marmar dan sampah lain dalam perutnya, kata presiden persatuan tersebut.

Mereka juga cuba untuk menyelamatkan anak lembu pramatang itu.

“Anak lembu itu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk membesar dalam perut ibunya dan kemudian mati,” kata Dubay kepada AFP.

Tiga hari kemudian, ibu lembu itu juga mati.

“Dalam pengalaman saya selama 13 tahun, ini adalah sampah yang paling banyak kami keluarkan daripada seekor lembu….kami memerlukan kekuatan tenaga untuk mengeluarkannya,” kata Dubay.

Pembedahan mahal yang pembia-yaannya ditanggung oleh persatuan di negeri Haryana utara India turut menemui sekitar 50kg sampah dalam perut lembu.

“Lembu sangat suci bagi kami, namun tiada yang peduli tentang kehidupan haiwan itu. Di setiap sudut di bandar itu, ia telah memakan sampah,” tambah Dubay. – AFP