Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    72 belia, beliawanis sertai majlis khatam

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri, kumpulan Muslimah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Belia dan Beliawanis, bertempat di Masjid STKRJ Lambak Kiri.

    Majlis khatam diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun disertai oleh seramai 72 peserta yang terdiri daripada golongan belia dan beliwanis masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Ia juga diadakan bagi menzahirkan rasa kesyukuran rakyat dan penduduk di negara ini kepada Allah SWT atas limpah rahmat dan kurniaNya jua yang menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijak-sana KDYMM yang sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menghadiri majlis khatam di Masjid STKRJ Lambak Kiri, hari ini.

    Ia juga diadakan untuk mendukung hasrat KDYMM untuk menjadikan negara ini sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Quran. Ia juga bermatlamat untuk membekalkan golongan belia dan beliawanis dengan ilmu serta kemahiran dengan berlandaskan Al-Quran dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk dijadikan sebagai panduan dalam hidup.

    Turut hadir pada majlis-majlis berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid STKRJ Lambak Kiri, Muslimah masjid dan para jemputan khas.

    Terdahulu majlis, bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Ketua Belia Masjid STKRJ Lambak Kiri, Awang Mohammad Nabil Wafiuddin bin Mohammad. Seterusnya bacaan khatam dimulakan dari Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Massad secara beramai-ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda