75 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Negara Brunei Darussalam hari ini memasuki hari ke-75 tanpa sebarang jangkitan baharu COVID-19, mengekalkan kes keseluruhan pada 141, sembuh 138 dan tiga kematian.

Menurut kenyataan mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 457 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 seramai 3,374 orang.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 453 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 36,491 ujian.

Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, healthinfo.gov.bn.