75 pasukan sertai larian Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi

 

Bandar Seri Begawan, 30 Julai – Seramai 75 pasukan terdiri daripada dua orang peserta dalam satu kumpulan mengambil bahagian dalam larian hutan yang diadakan hari ini anjuran bersama oleh Kumpulan  Kiasu Runners dan Trail 4 Health bertempat di Taman Rekreasi Tasek Lama, di sini.

Acara berkenaan diadakan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun.

Acara ini juga merupakan acara julung-julung kalinya diadakan oleh Kumpulan Kiasu Runners, sejauh tujuh km dengan ketinggian 700 meter larian bukit untuk kesemua bukit yang mereka lalui. Sebanyak tiga kategori dipertandingankan iaitu Kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh  Haji Saifullah Haji Ramli dan Mohd Nazrul Effendy, tempat kedua dimenangi oleh Khairul Azim dan Mohd Amal Fakhri, tempat ketiga dimenangi oleh Aliakbar Haji Gapor dan Amirul Tuah.

Kategori Wanita Terbuka dimenangi oleh Arince Lim dan Cecila, tempat kedua dimenangi oleh Radiah Haji Botty dan Amal Nadhurah dan tempat ketiga dimenangi oleb Norkamsiah Yaakob dan Rowena Mahmud.

Pasukan-pasukan kelihatan penuh bersemangat ketika berada di garis mula larian.
Pasukan-pasukan kelihatan penuh bersemangat ketika berada di garis mula larian.

Kategori Terbuka Campuran pula dijuarai oleh Marnie Farizan dan Fathi Junaidi, tempat kedua oleh Siti Fatimah dan Mohd Azizan, dan tempat ketiga disandang oleh Pengiran Haji Rusydi dan Dayangku Yasrinie Hayatul Aqmar.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Haji Faz Suhaimi dan Lisa Tan Yee.

Haji Faz Suhaimi berharap larian ini dapat diadakan lagi tahun hadapan dan lebih ramai lagi peserta menyertainya.  Beliau juga amat berbangga atas kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak penganjur dalam menjayakan larian itu.