Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    768 warga Kem. Pertahanan dan ABDB dianugerahkan pingat kehormatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Seramai 768 orang pegawai dan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2018 hingga 2021.

    Majlis penyampaian pingat telah berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini di mana hadir untuk menyempurnakan penyampaiannya ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, pemangku setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap, para pengarah dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Pada majlis berkenaan seramai 419 orang pegawai dan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB), 95 orang pegawai dan anggota ABDB menerima Pingat Pahlawan Periwara (PP), 31 orang pegawai dan anggota ABDB menerima Pingat Asgar Pahlawan (AP), empat pegawai dan anggota menerima Pingat Panglima Lasgar (PL) dan 219 pegawai dan warga awam Kementerian Pertahanan menerima Pingat Kerja Lama (PKL).

    Pengurniaan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penyuntik semangat bagi warga Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk terus maju dan cemerlang, demi berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyempurnakan penyampaian pingat kehormatan kepada para penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Antara yang hadir pada majlis penyampaian Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi 2018 hingga 2021, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...