Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    77 kain BFC telah diserahkan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Sebanyak 77 helai kain penutup penyusuan anak damit (BFC) telah diserahkan oleh Perusahaan Mazroni BKP dan Rakan-rakan kepada Jawatankuasa Peraduan Kanak-kanak Sihat, Pertubuhan Kumpulan Wanita (WI).

    Majlis penyerahan telah berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara dan diterima oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Peraduan Kanak-kanak Sihat, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Penyerahan BFC tersebut adalah sebagai salah satu acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.

    Datin Hajah Masni dalam kata-kata aluannya antara lain melahirkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-77 tahun bagi daerah ini atas kepercayaan menjalankan kegiatan pembuatan dan penyerahan BFC ini.

    Wakil Perusahan Mazroni BKP dan Rakan-rakan menyampaikan BFC kepada Datin Hajah Masni sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara pada majlis yang berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...