Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan

    SARI PUL, AFGHANISTAN, 5 JUN – Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad, kata pengarah wilayah bagi Maklumat dan Kebudayaan, Mufti Amir Saripuli.

              “Sekitar 77 pelajar, tujuh guru, lima ibu bapa, dan seorang pekerja di Sekolah Perempuan Faizabad di kawasan Kabod Ab, Sancharak keracunan, tetapi keadaan mereka dilaporkan stabil,” kata Saripulit kepada Xinhua tanpa mendedahkan butiran lanjut.

              Pegawai itu menambah bahawa siasatan mengenai insiden itu telah dimulakan.

              Sementara itu, Mahnaz, ibu seorang pelajar yang turut menjadi mangsa keracunan mengutuk insiden berkenaan dan menyeru pihak pentadbiran wilayah mengenal pasti individu bertanggungjawab serta membawa mereka ke muka pengadilan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...