Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    78 diraikan dalam majlis khatam sempena konvokesyen UTB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seramai 78 orang iaitu 48 lelaki dan 30 perempuan, telah diraikan pada majlis khatam Al-Quran bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) 2022 yang berlangsung di Masjid Universiti, Tungku Link, Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, selaku pemangku pengerusi Majlis UTB. 

    Turut hadir ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam
    yang diketuai oleh Awang Ahmad Bukhari bin Haji Haji, bakal graduan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal.

    Kemudian, ia disusuli dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam oleh Awang Ahmad Syafiq bin Dr Haji Roslan, bakal graduan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Makanan dan Teknologi.

    Tetamu kehormat juga menyampaikan sijil-sijil khatam dan cenderahati kepada para peserta khatam lelaki, manakala itu bagi para peserta khatam perempuan disampaikan oleh Naib Canselor UTB. 

    Acara kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Seramai 381 bakal graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UTB yang bakal berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan sijil khatam Al-Quran kepada salah seorang peserta lelaki.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...