78 sertai kempen derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd dan Syarikat Vam BRN Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini, telah menganjurkan kempen menderma darah di SC Tubular Solutions, Tanah Jambu.

Kempen yang diadakan untuk memberi bantuan dan sebagai khidmat bakti kepada masyarakat itu telah menyaksikan seramai 78 orang berjaya menderma darah.

Antara matlamat kempen adalah untuk menjana kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab dalam kalangan individu untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan menderma darah.

Kempen itu juga merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan untuk menanamkan semangat peka, kasih dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Ia juga meneruskan lagi usaha pihak syarikat membantu Pusat Pendermaan Darah untuk menambahkan stok darah di pusat berkenaan menerusi kempen menderma darah tahunan.

Antara mereka yang menderma darah di SC Tubular Solutions, Tanah Jambu kelmarin.