ATHENS, 5 JUN – Penduduk pinggir selatan Athens pulang ke rumah mereka kelmarin selepas bomba berjaya mengawal kebakaran hutan yang memaksa mereka berpindah sehari sebelumnya, kata perkhidmatan kecemasan Athens dalam satu kenyataan kelmarin.
“Pada ketika ini, kebakaran telah dikawal dan penduduk dapat kembali ke rumah mereka,” kata timbalan menteri perlindungan awam, Evangelos Tournas, semasa taklimat berita.
Sebilangan besar anggota bomba masih berada di kawasan tersebut “dan akan kekal di sana selagi diperlukan, sementara pesawat akan terus menjatuhkan air,” katanya.
Seramai 283 anggota bomba dalam 65 kenderaan, dengan bantuan kumpulan pemerhati, telah berjuang semalaman untuk mengawal kebakaran terbabit.
Manakala itu, dua buah pesawat pemadam kebakaran dan dua buah helikopter masih beroperasi kelmarin.
Dalam keadaan api semakin mereda, pihak berkuasa berkata mereka akan kekal berjaga-jaga sekiranya kebakaran tercetus sekali lagi. – AFP