Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    781 penunggang sertai cabaran berbasikal PDRM

    TAWAU, 10 Mac – Seramai 781 penunggang basikal bakal menyertai kejohanan Jambori Basikal MTB XC Challenge anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Tawau di sini Ahad ini.

    Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata perlumbaan sejauh 35 kilometer yang bermula dan berakhir di Onika Quarry itu disertai penunggang basikal tempatan dan luar negara iaitu Brunei Darussalam dan Indonesia.

    “Kejohanan yang menampilkan enam kategori termasuk kategori terbuka wanita, lelaki veteran dan lelaki junior bakal memberi pengalaman mencabar kepada peserta apabila perlu menempuh antara lain laluan ladang-ladang sawit, single trail, jalan sempit dan berbukit termasuk laluan yang hanya empat peratus beraspal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Fadil berkata kejohanan julung kali diadakan PDRM Tawau itu mampu merapatkan hubungan antara penggemar sukan berbasikal di negeri ini, selain mempromosikan Tawau sebagai destinasi sukan berbasikal kepada peserta luar negara.

    Kejohanan berbasikal itu akan dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan manakala majlis penutup disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda