RIO DE JANEIRO, 24 Jan – Demam denggi, virus Zika dan Chikungunya membunuh 796 orang di Brazil pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan negara itu berkata kelmarin.
Sehingga 24 Disember, negara itu mencatat 629 kematian akibat denggi, 159 oleh Chikungunya dan enam oleh virus Zika, sedikit penurunan dari 2015, apabila tiga penyakit itu menyebabkan 1,001 kematian di negara ini.
Berbanding dengan 2015, kematian yang disebabkan oleh denggi menurun tetapi mereka yang dihidapi Chikungunya meningkat pada 2016.
Pada 2016, Brazil mempunyai 1.49 juta kes yang disyaki denggi, 265,000 daripadanya Chikungunya dan 214,000 akibat Zika.
Jumlah kes denggi pada 2016 adalah yang kedua tertinggi sejak tahun 1990. Pada tahun 2015, negara ini mencatatkan rekod tinggi 1.64 juta kes yang disyaki, dengan bilangan tertinggi didaftarkan di Midwestern dan wilayah tenggara.
Kes Chikungunya meningkat 589 peratus berbanding 2015. Tidak seperti denggi, Chikungunya dan Zika hanya dicatatkan di Brazil baru-baru ini.
Kes Chikungunya yang pertama telah dicatatkan di negara ini pada tahun 2014.
Oleh itu, majoriti penduduk adalah lemah kerana tiada antibodi terhadap penyakit ini.
Zika yang pertama kali dicatatkan di Brazil pada tahun 2015 dan menjadi lebih menonjol kerana kesannya ke atas wanita hamil, di mana anak damit yang dilahirkan berkemungkinan akan mengalami beberapa kecacatan, terutamanya microcephaly. – Xinhua