8 anak damit, kanak-kanak dijangkiti

TOKYO, 22 APRIL – Lapan anak damit dan kanak-kanak di pusat penjagaan Tokyo telah diuji positif koronavirus selepas seorang kakitangan dijangkiti virus itu, kata pengendali hari ini.

Hospital Pusat Saiseikai Tokyo, yang menjalankan perkhidmatan kemudahan itu, mengatakan bahawa anak damit dan kanak-kanak yang terjejas itu telah dimasukkan ke hospital, sementara 21 yang lain diuji negatif dan sedang dalam pemerhatian.

Kemudahan itu adalah untuk anak-anak yatim atau anak-anak yang terpisah dari ibu bapa mereka kerana kemungkinan berlaku penderaan atau pengabaian.

Seorang kakitangan diuji positif virus pada 16 April, mendorong ujian untuk semua kanak-kanak, kata hospital itu dalam satu kenyataan ringkas, tanpa mendedahkan butiran lebih lanjut.

Ujian telah dilakukan ke atas 46 kakitangan yang mengasingkan diri di rumah.

Kanak-kanak yang didapati positif tidak mengalami demam tinggi, kata media tempatan. – AFP