Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    8 ditahan bantu siasatan penjualan sijil digital vaksin palsu

    JOHOR BAHRU, 19 JAN – Polis menahan lapan individu termasuk tiga pekerja sebuah klinik swasta di sini bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti penjualan sijil digital vaksin COVID-19 tidak sah dan tanpa suntikan, pada Isnin hingga semalam.

    Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata enam wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun termasuk lima pembeli itu ditahan berasingan selepas polis menerima laporan mengenai kegiatan tersebut daripada pemilik klinik pada 10.53 malam, Ahad lepas. 

    Beliau berkata pihaknya kini sedang memburu 30 individu yang telah membeli sijil vaksin digital tanpa suntikan temasuk seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai menjadi dalang. 

    “Kegiatan penjualan sijil digital vaksin COVID-19 tidak sah itu dipercayai telah beroperasi selama sebulan dan menyasarkan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin atau antivaksin.

    “Difahamkan setiap individu yang ingin mendapatkan sijil itu perlu membayar antara RM300 hingga RM650 manakala orang tengah yang bertindak mencari pelanggan pula akan menerima komisen RM125 bagi setiap sijil digital yang diperoleh,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama

    Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan gambar suspek berhubung sijil vaksinasi COVID-19 tidak sah yang dijual baru-baru ini pada sidang media di IPK Johor semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...