8 ekor singa di India positif COVID-19

NEW DELHI, 5 MEI – Lapan ekor singa Asia di taman haiwan India dijangkiti COVID-19, kata kerajaan negara itu semalam, sambil mendedahkan bahawa tiada bukti haiwan itu boleh menjangkiti manusia.

Pihak berkuasa India di wilayah selatan Hyderabad turut berkongsi sampel dengan makmal kajian kerajaan pada 24 Mac lalu selepas singa terbabit menunjukkan tanda mengalami masalah pernafasan. Hasil ujian yang dijalankan ke atas singa terbabit diperoleh di tengah-tengah peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di India.

“Berdasarkan pengalaman dengan haiwan di taman haiwan lain di dunia yang pernah positif SARS-COV2 tahun lalu, tiada bukti bahawa haiwan boleh menyebarkan virus itu kepada manusia,” menurut Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim. Taman Haiwan Nehru kini sudah ditutup, menurutnya dalam satu kenyataan. – Xinhua