Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    8 kanak-kanak, 2 ibu maut dalam kebakaran rumah

    PHILADELPHIA, 6 JAN – Dua adik-beradik perempuan dan beberapa anak mereka adalah antara 12 orang yang terbunuh apabila kebakaran memusnahkan kediaman penghuni Philadelphia yang tampaknya tidak mempunyai pengesan asap yang berfungsi, kata pegawai bomba.

    Lapan kanak-kanak kehilangan nyawa mereka dalam kebakaran kelmarin – kebakaran tunggal paling berbahaya di bandar itu dalam lebih satu abad.

    Sekurang-kurangnya dua orang dimasukkan ke hospital dan beberapa yang lain berjaya melarikan diri dari dupleks tiga tingkat, yang merupakan perumahan awam, kata pegawai.

    Punca kebakaran belum dapat dipastikan. Pegawai berkata 26 orang telah menetap dalam dua pangsapuri itu.

    “Saya mengenali beberapa kanak-kanak itu – saya biasa melihat mereka bermain di sudut perumahan itu,” kata Dannie McGuire, 34, menahan sebak ketika dia dan Martin Burgert, 35, berdiri di pintu rumah di kawasan tersebut.

    Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah kediaman di Philadelphia kelmarin. – AP

    “Saya tidak dapat membayangkan banyak orang tidak dapat keluar – melompat keluar dari tingkap,” katanya.

    Pegawai tidak mendedahkan nama atau umur mereka yang terkorban dalam kebakaran tersebut, yang bermula sebelum 6:30 pagi waktu tempatan.

    Ahli keluarga di laman sesawang Facebook telah mengenal pasti dua daripada mangsa sebagai saudara perempuan, Rosalee McDonald, 33 dan Virginia Thomas, 30. Adik-beradik itu masing-masing mempunyai beberapa anak tetapi tidak jelas sama ada mereka semua berada di rumah semasa kebakaran atau berapa ramai daripada mereka meninggal dunia.

    Mesej ditinggalkan dengan beberapa orang yang mengatakan mereka tahu atau ada kaitan dengan mangsa.

    Pegawai bomba pada mulanya berkata 13 terkorban, tujuh daripadanya kanak-kanak, tetapi angka tersebut sudah dikemas kini kelmarin. Lapan kanak-kanak dan empat dewasa ditemui maut dalam insiden itu, kata pegawai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...