MANILA, 28 JULAI – Lapan kanak-kanak terbunuh di Filipina selepas sebuah jambatan yang tidak lagi digunakan jadi tempat permainan mereka, runtuh ke dalam sungai bersama kanak-kanak tersebut, kata pegawai tempatan.
Kemalangan itu berlaku malam kelmarin di Bandar Dasmarinas, 40km ke selatan ibu negara, Manila.
Kakitangan polis, bomba dan pengawal pantai serta perkhidmatan kecemasan lain mengambil masa dua hari untuk mengeluarkan mayat budak lelaki dan perempuan yang berusia 12 hingga 17 tahun. Lima lagi kanak-kanak mengalami kecederaan ringan, kata seorang penyelamat yang enggan dinamakan. – AFP